CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

SOAL JAWAB



Kepada pengguna baru pasti timbul beberapa persoalan tentang kualiti diaper kami. Di sini kami telah kumpulkan beberapa persoalan yang sering diajukan kepada kami untuk memudahkan rujukan pengguna baru:


1) Kenapa terdapat sesetengah jenama diaper di pasaran yang harganya lebih rendah daripada diaper import yang kami jual?
Memang benar terdapat diaper yang lebih murah di pasaran tempatan tetapi adakah anda telah pastikan kualiti diaper tersebut? Kerana diaper ekonomi tidak boleh dibandingkan dengan diaper berkualiti.
a) Material diaper tersebut plastik atau cloth-base?
b) Kadar resapan diaper berkenaan?
c) Kekerapan penggunaan dalam sehari?
d) Jenis tape yang digunakan adakah PE tape atau Magic Tape?
e) Lain-lain ciri keselesaan seperti waistband dan leakguard?

2) Jika diaper ini berkualiti kenapa harganya murah? Adakah diaper ini reject atau clone?
Diaper kami adalah diaper yang telah melepasi proses Quality Control di kilang pembekal kami sebelum proses repacking. Ianya juga diperiksa secara manually satu per satu. Ini adalah kerana kilang pembekal kami membeli diaper ini secara pukal daripada kilang pengeluar diaper asal di luar negara atas beberapa sebab dan kekurangan kecil. Kekurangan ini boleh diatasi dan boleh diterima pakai antaranya :

Di Kilang :
1) Warna / corak diaper yang tidak seragam.
2) Keadaan tape yang sedikit terlipat dan perlu dikemaskan semula.
3) Polisi kilang diaper asal juga akan memberhentikan seluruh manufacturing line jika salah satu mesin mereka rosak semasa proses. Kemudian kesemua diaper di atas manufacturing line tersebut akan dikeluarkan dan dianggap tidak memenuhi spesifikasi proses pembuatan mereka.

Sewaktu Proses Penghantaran:
1) Mana-mana diaper dengan pack original yang telah terjatuh semasa proses penghantaran, pack terkoyak dan lain-lain juga akan dipulangkan kembali kepada kilang asal dan kilang asal akan terus mengumpulkan diaper tersebut untuk dijual secara pukal.

Sebagai kilang diaper asal yang mengeluarkan diaper berjenama kekurangan kecil seperti ini juga tidak boleh diterima walaupun ianya masih boleh digunakan dengan baik. Kerana itulah mereka menjual secara pukal kepada pembekal kami dan dilakukan repacking semula di Malaysia. Jika diaper berkenaan berkeadaan seperti koyak, bocor, jahitan tercabut dan lain-lain kerosakan teruk ianya dianggap reject dan pasti tidak melepasi Quality Control kilang pembekal tempatan. 

3) Kenapa di setiap pack tiada lambang atau cop jenama diaper tersebut?
Ini adalah kerana setiap jenama terkemuka telah mempunyai hak pengedaran / penjualan di negara-negara tertentu contohnya Malaysia. Jadi walaupun kami mengedar produk yang mempunyai jenama yang sama tetapi ianya adalah melalui pihak ketiga yang membeli secara pukal dan membuat proses repacking di Malaysia. Dengan itu kami tidak berhak menggunakan logo / jenama diaper tersebut untuk tujuan komersial di atas pack diaper tersebut.

Sebagai contoh :
a) Unicharm (Japan) tidak membenarkan adanya pengedar lain di Malaysia selain yang telah dilantik dan mempunyai kontrak dengan mereka. Kerana itulah kami tidak berhak terhadap logo / jenama mereka kerana diaper kami adalah diimport dari Korea dan edaran kami adalah Mamipoko Korea.
b) Huggies Malaysia tidak membenarkan menjual menggunakan logo dan nama produk mereka jadi diaper ini hendaklah dilakukan proses repacking. Ini adalah kerana produk kami diimport dari USA dan Taiwan.

4) Kenapa diaper kami seperti Mamipoko, Huggies kelihatan berbeza samada corak dan shape daripada pasaran tempatan? 
Kami tidak menjual diaper seperti yang berada di pasaran tempatan tetapi diaper kami diimport daripada negara-negara yang berbeza jadi corak dan shape adalah mengikut keluaran negara asal diaper tersebut. Mamipoko Korea adalah berbeza dengan Mamipoko di pasaran tempatan tetapi dari segi kualiti adalah setanding.

5) Adakah terdapat kesan terhadap kulit bayi / kanak-kanak apabila menggunakan diaper kami. 
Setiap mana-mana produk diaper yang mahal sekalipun di pasaran tidak menjamin 100% keserasian kepada semua kulit bayi / kanak-kanak jadi dengan itu kami juga menjual trial-pack (pack kami sendiri dan bukan pek kilang) 10pcs untuk ibu bapa mencuba terlebih dahulu. 

6) Bagaimana tahap kebersihan proses repacking diaper tersebut?
Setiap kilang mempunyai prosedur piawaian yang perlu dipatuhi semasa melakukan proses-proses pembuatan dan pembungkusan. Ianya sama seperti kilang pembekal kami yang telah 8 tahun berpengalaman melakukan proses repacking dan membekal diaper import di Malaysia. Jadi kebersihan adalah antara perkara terpenting yang diutamakan mereka. Manakala bagi trial-pack adalah dibungkus sendiri oleh kami dan insyaallah terjamin kebersihannya.


Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada kami.