CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

16 October 2009

SELAMAT DATANG


Selamat datang ke blog kami. Kini anda mempunyai pelbagai pilihan yang bijak dalam memilih lampin pakai buang (diaper) anak kesayangan anda. Pelbagai saiz dari NB (new born) sehingga XXL boleh didapati dengan harga yang murah. Bagi ibu bapa, kini anda ada pilihan yang lebih baik untuk anak anda. Sebagai pengguna, kami menjamin hak anda dengan cara memberi anda yang diaper yang terbaik setanding nilai wang anda.

Kami menjual lampin bayi pakai buang yang diimport dari negara Korea (Jenama Maman), Taiwan (Jenama Ichiban) dan Belgium/Jerman (Jenama Europe).


Bagaimana ciri-ciri diapers tersebut:


1. 100% Cloth based 
- kain lembut seperti M******o / H*****s. Malah kami hanya menjual diaper jenis kain & bukan plastik.

2. Magic Tape
- tape yang boleh dipasang berulang kali. Ianya kalis bedak & minyak.

3. Leakguard
- membantu mengelak kebocoran di bahagian tepi.

4. Serapan
- kadar resapan yang tinggi membolehkan diaper ini dipakai pada waktu malam dan tidak perlu membeli jenama berbeza. Namun untuk anak yang kencing terlalu kuat disarankan menyalin lampin tersebut sekali lagi sebelum tidur. Bagi anak yang normal, pakai selepas mandi petang dan ia boleh bertahan sehingga esok pagi.

5. Tape elastik 
- tape boleh ditarik dan adjust. Ia bertindak seperti tali pinggang/waistband mampu menghalang kebasahan di bahagian belakang pinggang.

6. Tebal
- pegang dan rasai sendiri ketebalannya dan cubalah pakaikan anak kesayangan anda.

7. Waistband
- kain lebar di bahagian belakang pinggang memberikan keselesaan kepada bayi anda.

8. Sesuai
- boleh digunakan pada waktu siang dan malam. 

9. Design
- corak kartun yg menarik pada diaper (corak kartun atau gambar berubah mengikut stok kontena yg masuk)


Kami menawarkan anda 2 grade untuk lampin pakai buang (diaper):

1- Grade A
Grade A adalah lampin pakai buang yang diimport dan dipek di negara asal. Seperti membeli diaper di pasaraya di mana 100% good quality begitu juga dengan grade A yang kami tawarkan. 100% Quality Control (QC) dilakukan di  kilang negara terlibat.
Contoh: ICHIBAN A+

2- Grade B
Grade B adalah diaper yang diimport secara 'bale' iaitu dalam kuantiti yang banyak. Di dalam satu bale biasanya pengeksport akan mencampurkan 20%-35% repairable/rejected diaper. Apabila bale ini sampai di kilang Malaysia kerja-kerja seperti mengasingkan (memilih hanya diaper yang berkualiti), melipat diaper seterusnya membungkus diaper tersebut dilakukan. Setiap saiz dipek 80 keping/pek.
Contoh: EUROPE/MAMAN


Saiz Diaper 

Size diapers bergantung kepada berat kanak-kanak:
Saiz S = untuk kanak-kanak seberat 3kg - 6kg 
Saiz M = untuk kanak-kanak seberat 6kg - 9kg 
Saiz L = untuk kanak-kanak seberat 9kg - 12kg 
Saiz XL = untuk kanak-kanak seberat 12kg - 15kg 
Saiz XXL = untuk kanak-kanak seberat 15kg ke atas

(*saiz yang dimaksudkan merujuk kepada standard saiz kanak-kanak Malaysia sahaja dan bukan di peringkat antarabangsa)

Penentuan saiz diapers tidak bergantung pada umur kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat 9kg, dia perlu dipakaikan dengan saiz L. Jika kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat hanya 7kg, saiz diaper yang sesuai untuknya adalah saiz M. Timbanglah berat anak anda dan dapatkan saiz diapers yang bersesuaian demi keselesaannya.

Kebanyakan kanak-kanak Malaysia (dengan berat 15kg ke atas) telah boleh dilatih untuk ke bilik air dan ia amat digalakkan memandangkan pemakaian diapers yang terlalu lama adalah tidak efektif untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.



DIAPERS DAN PENJAGAAN KEBERSIHAN

1. Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah : jangan biarkan bayi anda memakai diapers melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.

2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai diapers dari jenis plastik (bukan breathable).

3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian diapers tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik.

4. Diapers yang baik adalah diapers yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.

5. Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baik menggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada diapers.


 
Sumber dipetik dari : "Penggunaan Diapers Kanak-kanak" ; kertas kerja yang dibentangkan dalam SEMINAR PENJAGAAN KANAK-KANAK DAN BAYI, 2002. 




ni le family kecik saya..


muhammad aus azfar.. jantung hati ibu